Total Pageviews

Tuesday 25 October 2011

50 tanda-tanda Orang Munafik

*Salah 1 dari ciri-ciri orang Munafik yang aku ada baca dalam buku "50 tanda-tanda Orang Munafik" adalah :-



-MENCACI MAKI

> Perbuatan ini di larang dalam islam kerana boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang. Sikap demikian adalah termasuk amalan orang munafik dan merupakan suatu PEMBOHONGAN yang besar dan nyata.


Firman ALLAH s.w.t : "orang-orang yang menyakiti mukmin lelaki dan mukmin wanita dengan sesuatu yang tidak di buatnya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata."
( Al- Ahzab : ayat 58 )


Firman ALLAH s.w.t : " Hai orang-orang beriman janganlah kamu menghina
(mencaci) suatu kaum yang lain kerana boleh jadi kaum yang dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina."

( Al- Hujurat : ayat 11 )


-MENGUNGKIT KEMBALI PEMBERIAN KEPADA SESEORANG DAN MENYAKITI HATINYA
> Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan supaya dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain , perbuatan ini di Cela dalam Islam dan termasuk perbuatan orang munafik.


Firman ALLAH s.w.t :- "Hai orang-orang beriman janganlah kamu menghilangkan pahala sedekahmu dengan menyebut-nyebut dan menyakiti perasaannya seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat".

+ semoga kita sama2 diberikan petunjuk oleh ALLAH S.W.T, dan di jauhkan dari sifat2 di ats! AMINNN!